Biodata Peniaga

Ahmad Subki mula melibatkan diri dalam perniagaan baja dari Thailand apabila beliau dan keluarga berhijrah ke Pasir Mas, kelantan pada tahun 2008. Melalui pengalaman dalam berbagai perniagaan sebelumnya dan seminar2 perniagaan yang berkaitan pertanian yang dianjurkan oleh syarikat2 pengeluar baja di Kelantan dan Thailand, beliau bertambah yakin bahawa perniagaan baja yang diusahakan akan terus berkembang dan maju setanding dengan syarikat2 lain. Hasil dari kegigihan mempromosikan produk syarikat ini, Baja Cap Harimau kini semakin terkenal di kalangan petani di Pulau Pinang, Kedah Selatan dan Perak Utara sebagai produk yang telah terbukti meningkatkan hasil padi melebihi 10MT/hektar. Kini sedang menggiatkan usaha promosi dengan mempelawa individu atau syarikat yang berminat untuk mengedarkan produk ini di daerah dan negeri masing2.