Rabu, 30 Mei 2012

Assalaamu 'alaikum Tuan2 para pelanggan dan pengguna yang dihormati, Kami memohon kemaafan dari tuan2 di atas sebarang kesulitan disebabkan kegagalan pihak kami membekalkan Baja Cap Harimau untuk penggunaaqn musim 1/2012 atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan. Kami sedang berusaha mengatasi masalah2 berkaitan dan dijangka dapat diselesaikan dalam masa terdekat. Tuan2 boleh hubungi kami untuk maklumat lanjut. Sekian. Terima kasih di atas sokongan tuan2.

Rabu, 14 September 2011

HASIL PADI HJ SAAD 4.84MT/RELONG

H MOHD SAAD adalah seorang pengusaha tanaman padi yang sentiasa mengikuti perkembangan teknologi berkaitan padi dalam usaha meningkatkan kuantiti dan kualiti hasil. Musim 1/2011 H Mohd Saad telah mencuba Baja Cap Harimau dan hasilnya ternyata meningkat
LOKASI: PMTG BOGAK
LUAS: 2 EKAR
BAJA: CAP HARIMAU + SUBSIDI
HASIL: 7.26MT ( 4.8MT/RELONG )
DULU: 6.0MT ( 4.0MT/RELONG )
PENINGKATAN: 1.26MT (21%)

Selasa, 6 September 2011

Baja Cap Harimau Menambahkan Hasil

Rata2 pengguna Baja Cap Harimau berpuas hati dengan hasil tuaian padi setelah menggunakannya. Di antara mereka ialah Tn H A Rahman
"Saya gunakan Baja Cap Harimau sebagai baja tambahan di samping baja subsidi. Musim ni saya dapat 13.83MT/3.5relong. Sebelum ni 11.3MT/3.5relong. Inilah kali pertama saya dapat hasil sebanyak ini. Alhamdulillah.." - H A Rahman Bin Aziz, Pmtg Rambai, Penaga. Kalau nak cuba sila hubungi saya 012-404 2026

Isnin, 5 September 2011

Hasil padi musim ni paling tinggi dari yang lepas2

H A Rahman Bin Aziz mencuba Baja Cap Harimau setelah disyorkan oleh rakan2 pesawah di Kedah. Beliau adalah satu2nya pengguna Baja Cap Harimau di Pmtg Rambai, Penaga

Baja Cap Harimau: Hasil terbukti bertambah

H Fadhil akui hasil padinya bertambah pada musim 1/2011 yang lalu setelah menggunakan Baja Cap Harimau bersama baja subsidi
"Kami gunakan baja Cap Harimau sebagai baja tambahan 2 x 50kg bersama baja subsidi. Sebelum ni kami biasa dapat 3 - 3.6MT /ekar. Musim ni (1/2011) kami dapat 4.08MT/ekar. Bertambah 480kg (13.3%)"- H Fadhil, Pmtg Tinggi, K. Batas 013-430 3023

Ahad, 31 Julai 2011

BAJA HARIMAU: TAMBAH HASIL PADI 2 TAN

Sebaik sampai dari Kelantan ana terus jumpa kawan2 yang padi mereka dah dituai..antaranya Azhari Che Pa di Permatang Buluh, Kepala Batas. Malangnya ana tak sempat merakam gambar2 padinya yang Baja Harimau digunakan. Bagaimanapun hasil padinya ternyata bertambah kepada 9.2MT dari 7.0MT pada musim lepas. Untuk musim akan datang beliau bercadang menggunakan Baja Harimau pada bendangnya yang lain dan sudahpun membuat tempahan. Hubungi kami segera jika berminat mencuba sebelum tempoh promosi berakhir. Tahniah dan terima kasih. ALHAMDU LILLAH.Di bawah ini adalah gambar padi Haji Wan Cik yang turut mencuba Baja Cap Harimau. Hasil padinya meningkat 12%.

Jumaat, 1 Julai 2011

Terpegun melihat keadaan padi yang subur

Pengguna Baja Harimau terpegun melihat keadaan padi yang tumbuh subur dan sihat berbanding padi milik mereka yang tidak menggunakannya.
Selama saya buat bendang saya tak pernah tengok keadaan padi yang elok macam ni. Daunnya keras, bersih, nampak lebih elok berbanding padi kawan2 lain. Dalam sebulan lagi (Ogos 2011) boleh ambik dah padi ni. Harap hasil musim ni lebih baik berbanding dulu. - Haji Ghazali, Nyior Sebatang.

Isnin, 27 Jun 2011

Pengguna Baja Cap Harimau Jangka Hasil Padi Mungkin Lebih Tinggi

Hari ini saya saya sempat melihat2 keadaan padi pengguna Baja Cap Harimau di Lahar Minyak, Haji Ismail dan menantu Haji Md Zain. Ternyata pokok padi mereka kelihatan lebih subur, sihat dan kuat.
"Buat masa la ni padi memang elok. Rasanya hasil tahun ni lebih baik dari musim lepas. InsyaAllah."- Haji Ismail.

Baja Harimau Mulai Digunakan Oleh Petani Di Pulau Pinang Musim 1/2011

Hasil padi yang tinggi dan bermutu yang diperolehi Puan Maryam di Yan Kedah telah menarik minat pengusaha tanaman padi di Seberang Perai untuk mencuba Baja Harimau. Hampir 50MT Baja Harimau telah terjual di Daerah Kepala Batas dan Tasek Gelugor Sahaja.
Di Guar Jering. Petak di sebelah kiri menggunakan Baja Harimau.

Ahad, 27 Mac 2011

PADI

PENGGUNA BAJA CAP HARIMAU : PUAN MARIAM BINTI ISMAIL
LOKASI : BATU 14, BUKIT BESAR, YAN, KEDAH DARUL AMAN
LUAS TANAMAN : 2.87 HAC @ 7.09 EKAR.
JUMLAH BAJA : 700KG / 1 PUSINGAN TANAMAN ( (350KG SEBELUM MENABUR BENIH PADI dan 350KG SELEPAS 60 HARI)
HASIL :
1) SETIAP 1 TANGKAI PADI MEMPUNYAI KADAR ANTARA 220-280 BIJI.
2) AKAR DAN BATANG PADI MENJADI LEBIH KUAT DAN TIDAK MUDAH
TUMBANG DIPUKUL ANGIN.
3) TIADA SERANGAN SERANGGA PEROSAK, SIPUT GONDANG EMAS DAN LAIN- LAIN.
4) MERAWAT TANAH MASAM .
5) HASIL TUAIAN PADI UNTUK 1 HAC = 12 METRIK TAN.